Ini bukan nak melemahkan semangat sesiapa tapi buat renungan untuk kita semua. Apabila aku bertanya kepada semua, kenapa anda trade forex? rata-rata menjawab untuk mencari duit tambahan. Ini menimbulkan beberapa persoalan dalam fikiran aku. Persoalan pertama: adakah forex ini satu-satu cara untuk mencari pendapatan (termasuk pendapatan tambahan)? Ada banyak cara lagi untuk mencari duit kat dunia ni. Bukan semua orang trade forex dan bukan semua orang jadi kaya dengan forex. Sekiranya kita ada sebab yang kukuh kenapa kita pilih forex, kemungkinan untuk kita berjaya dalam forex itu tinggi kerana kita akan lebih fokus. Ada yang mungkin akan berkata, forex ni mudah untuk buat duit. Mudah? kalau mudah kenapa masih tak kaya-kaya? Aku percaya setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap orang mempunyai bakat yang tersendiri. Contoh, Tiger Woods jadi kaya dengan bermain golf, Dell kaya dengan menjual komputer, Donald Trump dengan hartanah. Pendek kata, orang yang berjaya menemui bakat mereka, mereka mudah untuk mencapai kejayaan. jadi timbul pula persoalan kedua: Adakah anda berbakat dalam forex? kalau boleh buat tu ok, cuma kadang-kadang orang kita ni suka mengikut orang. sebenarnya bukan forex pun, benda yang lain jugak. senang cerita aku nak tuju benda ni kepada orang yang suka mengikut-ikut tanpa apa-apa sebab. orang lain tanam cendawan, dia nak tanam jugak. orang lain ternak puyuh, dia pun nak ternak puyuh. orang lain bukak kedai tomyam, dia pun nak bukak kedai tomyam. orang lain join HYIP, dia pun nak join HYIP. berbalik kepada topik thread ni, ada sebab kenapa aku tanya 'kenapa anda thread forex?' adakah sebab ikut orang, ataupun memang berminat sangat dengan forex ni. kalau mengikut orang tu, memang tak lama. kalau minat, dia takkan give up. walau berkali-kali kena stop out pun, dia takde masalah. malah dia pun tak pernah komplen. sebab dia yakin yang forex ni untuk dia, dia teruskan jugak. sebab dia mempunyai sebab yang kukuh untuk trade forex. persoalannya: adakah anda mempunyai sebab yang kukuh untuk trade forex? bila ada sebab, kita akan jumpa jalan kita untuk menuju kejayaan. dalam apa-apa bidang pun
1- Memahami sepenuhnya sistem trade yang kita gunakan/pelajari.
( Pernah terbaca apa yang Bill William tulis, kalau kita loss atau tak konsisten dalam
trading kita, kita tidak wajar menyalahkan sistem trade kita atau kita terus bertukar
kepada sistem yang lain/baru pula.Kita harus selongkar apa masalah kita sebenarnya
dengan sistem tersebut...mungkin kita salah pemahaman atau kurang mahir atau pun
kita tidak ikut sepenuhnya rules dia- kalau sering tukar sistem,lama2 kita pun asyik
belajar sistem sahaja...profit bila lagi??? ).
2- Menukar segala atau semua tabiat lama,perasaan atau secara psikologinya kepada
sistem yang baru kita gunakan. Mind set kita kena tukar...
3- Membuat keputusan sama ada untuk menggunakan cara/kaedah/stail mana trade kita.
Dan yang penting ia perlu bersesuaian dengan diri seseorang trader.
Contoh : Scalping / Intraday / Swing
4- Sesuaikan pula cara trade kita dengan stail yang kita putuskan untuk digunakan.
Maksudnya,kalau trade secara scalping..janganlah pulak bergantung pada TFH4 atau
TFH1 untuk buka dan tutup pos.
5- Perkara yang penting kita ketahui juga ialah walau apa cara sekali pun kaedah yang kita
kita gunakan untuk trade,kita hanya melihat MARKET yang sama sahaja. Cuma dalam
bentuk atau cara berlainan seperti kita melihat market menggunakan NTD, Chaos atau
kita menggunakan trendline atau fibo sahaja.So perpektif kita berbeza sedangkan
subjek kita sama sahaja...market.
6- Walau banyak mana kursus atau ebook yang kita pelajari, kalau DISIPLIN untuk trade
kita tak ikut...maka resultnya tetap SAMA....huhuhu..ni berat sikit.
7- Jangan panik dengan situasi silap masuk atau trend bertukar dan sebagainya...
CUT LOSS sebelum ia lebih parah...macam saya dulu pun TAKUT BAR HIJAU, BERANI
DENGAN BAR MERAH....hhhhehehh
8- Kikiskan sikap tamak dan kurang sabar: Sabar nih yang agak sukar jugak..contoh
apabila kita melhat market sideway atau alligator tidur.kita masih nak trade.Tiba2
masuk market....hmmm bagi duit kat broker saja...
9- Kita sudah belajar , kita juga sudah praktis,kita juga sudah tanya sana sini....tapi kenapa
tak konsisten...( mcm diri ini! )..hmmmm...perkara yang kita alpa ialah MATLAMAT.
Kita trade hari2 tapi tiada arah tujuan..macam amik kunci kereta tapi pi buka pintu
pagar..mana boleh masuk...hehhhh..so sama dengan trade kita perlu ada hala tuju
atau matlamat yang kita tetapkan..bukan main lebih kurang atau agak2 saja....
Contoh : USD200/minggu....so cuba dapatkan ia...atau pun letak satu matlamat utama
yang agak jauh sikit macam setahun akan dapat sekian2...
10- Setiap info yang kita perolehi daripada orang lain sedikit sebanyak akan mengganggu
kiraan kita, jadi kita perlu kaji terlebih dahulu dan tetapkan pendirian kita untuk buat
keputusan...contoh : kita dah Long....dapat YM suruh Short....macam mana??
11- Modal kita juga berkait rapat dengan target kita..biarlah realistik..dan boleh dicapai.
12- Buatlah Jurnal Trading untukmelhat prestasi semasa kita.
Kenapa Perlu STOP LOSS & EXIT TARGET ?
Kenapa perlu STOP LOSS & EXIT TARGET ( Ada perbezaan pada BUY atau SELL )
Exit Target ( Take Profit ) ialah batasan harga tertinggi atau keuntungan yang anda kehendaki.
Apabila anda Mengambil " Order " anda terkena kepada salah satu batasan itu, maka posisi anda akan tertutup secara automatik.
Stop Loss ialah batasan HARGA TERTINGGI atau kerugian yang anda dapat tanggung.
Exit Target ( take profit ) ialah batasan HARGA TERENDAH atau keuntungan yang anda kehendaki.
Tentukan SL (Stop Loss ) sesuai dengan kemampuan anda menerima kerugian, tentukan SL ( Stop Loss ) sekitar 20 s/d - 40 PIPS.
Sebenarnya ramai trader yang mengalami kerugian besar hanya kerana tidak memasang ' Stop Loss " ..meskipun modal anda boleh menahan minus sehingga ratusan PIPS..jika anda masih punyai transaksi yang mengambang ( FLOATING ) maka anda tidak akan boleh lagi bebas melakukan transaksi yang lain.
Trik dan Tips menentukan TP ( TARGET POSITION "
" CLOSE" sesudah mencapai batas target
Biasakanlah diri anda dengan urutan melakukan transaksi ini, anda boleh mencuba cara lain yang dianggap lebih mudah dan sesuai dengan anda. Jangan ragu untuk melakukan transaksi secara " VIRTUAL " kerana jumlah wang virtual anda adalah $10,000 dan ini sebenarnya lebih dari mencukupi untuk anda habiskan sebelum anda menjadi mahir bermain FOREX real accountTRADING SESSION MALAYSIA TIME
BENUA | BANDAR | BUKA | TUTUP |
ASIA |
TOKYO | 7 pagi 8 pagi 8 pagi | 3-4 ptg 4-5 ptg |
EUROPE |
LONDON | 4 petang 2 petang 3 petang
| 12mlm-1 pagi 10-11 mlm 11-12 mlm |
AMERICA |
NEW YORK | 8 malam | 3-4 pagi
|
PACIFIC |
| 5 pagi 6 pagi | 1-2 ptg 2-3 ptg |
Below are Forex market sessions and examples of the most active currency pairs:
During the 24 hours period currency pairs in Forex market experience several hours, when the volume of trades is the highest and so is the pip movement.
London/ New York sessions:
EUR/USD
USD/CHF
GBP/USD
Tokyo/Sydney sessions:
EUR/JPY
AUD/USD
USD/JPY
AUD/JPY
Sydney session:
AUD/USD
EUR/USD
During the week the most active Forex trading days are: Tuesday, Wednesday and Thursday. Sundays (opening) and Mondays are days when traders are mostly watching and analyzing the market and predict further price moves. Fridays are traded approximately till noon, after that all actions slow down and almost freeze before the actual market closing at 5 A.M Vietnam time/6 A.M Malaysia Time
IK
************************************************************************************
JOM REVIEW FOREX SYSTEM YANG TERBAIK DAN YANG SESUAI UNTUK ANDA PILIH.ANDA SEMUA BOLEH TENGOK TRADE SECARA LIVE DI REAL ACCOUNT.
*************************************************************************************