Economic Calendar

Cari pe nak tengok

etoro forex


Ini menimbulkan beberapa persoalan dalam fikiran aku.

Persoalan pertama: adakah forex ini satu-satu cara untuk mencari pendapatan (termasuk pendapatan tambahan)?
Ada banyak cara lagi untuk mencari duit kat dunia ni. Bukan semua orang trade forex dan bukan semua orang jadi kaya dengan forex. Sekiranya kita ada sebab yang kukuh kenapa kita pilih forex, kemungkinan untuk kita berjaya dalam forex itu tinggi kerana kita akan lebih fokus.

Ada yang mungkin akan berkata, forex ni mudah untuk buat duit. Mudah? kalau mudah kenapa masih tak kaya-kaya?

Aku percaya setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap orang mempunyai bakat yang tersendiri. Contoh, Tiger Woods jadi kaya dengan bermain golf, Dell kaya dengan menjual komputer, Donald Trump dengan hartanah.

orang lain tanam cendawan, dia nak tanam jugak.
orang lain ternak puyuh, dia pun nak ternak puyuh.
orang lain bukak kedai tomyam, dia pun nak bukak kedai tomyam.
orang lain join HYIP, dia pun nak join HYIP.

berbalik kepada topik thread ni, ada sebab kenapa aku tanya 'kenapa anda thread forex?'


adakah sebab ikut orang, ataupun memang berminat sangat dengan forex ni. kalau mengikut orang tu, memang tak lama. kalau minat, dia takkan give up. walau berkali-kali kena stop out pun, dia takde masalah. malah dia pun tak pernah komplen. sebab dia yakin yang forex ni untuk dia, dia teruskan jugak. sebab dia mempunyai sebab yang kukuh untuk trade forex.

persoalannya: adakah anda mempunyai sebab yang kukuh untuk trade forex?

bila ada sebab, kita akan jumpa jalan kita untuk menuju kejayaan. dalam apa-apa bidang pun....
Pendek kata, orang yang berjaya menemui bakat mereka, mereka mudah untuk mencapai kejayaan. jadi timbul pula persoalan kedua: Adakah anda berbakat dalam forex?

arena forex